February 10, 2017

Apa Itu Silaturahmi ?


Apa Itu Silaturahmi ?

Arti Silaturahmi 

Hadis Persahabatan: Sering Ziarah-Menziarahi


Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman:

عن النبي صلى اللهم عليه وسلم يرفعه إلى الرب عز وجل قال حقت محبتي للمتحابين في وحقت محبتي للمتزاورين في وحقت محبتي للمتباذلين في وحقت محبتي للمتواصلين في


Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah),
orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku(Allah), orang yang saling berhubungan
kerana Aku(Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)” (Riwayat
Ahmad)


Hadis Persaudaraan: Ucapan Untuk Sahabat – Kelahiran Anak


بورك لك بالموهوب وشكرت الواهب ورزقك بره وبلغ أشده


Semoga Allah memberkati anda dengan kelahiran anak ini. Semoga anda bersyukur
terhadap kurniaan Allah, mudah-mudahan anda dikurniakan kebaikan setelah ianya
membesar.” (Diriwayatkan daripada Hussein Saidina Ali)


Hadis Persaudaraan: Ucapan Untuk Sahabat – Pulang Dari Perjalanan Jauh


الحمد لله الذي سلمك وجمع الشمل بك وأكرمك


“Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan anda dalam perjalanan, mempertemukan
saya dengan anda serta telah memuliakan anda dengan perjalanan tersebut.” (Diriwayatkan
daripada Para Leluhur Silam; Salaf)

Hadis Persaudaraan: Ucapan Untuk Sahabat – Pulang Dari Medan Perjuangan Atau Jihad


الحمد لله الذي نصرك وأعزك وأكرمك


Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadamu kejayaan, kemuliaan dan
pengorbanan.” (Riwayat Muslim, Nas’I daripada A’isya)


Hadis Persahabatan – Ucapan Untuk Saudara – Pulang Dari Menunaikan Haji


تقبل الله حجك وغفر ذنبك وأخلف نفقتك


“Semoga Allah menerima ibadah hajimu, mengampunkan dosamu, serta menggantikan
semula harta yang telah anda belanjakan.” (Riwayat Ibnu Sunni daripada Ibnu Umar)


Hadis Persahabatan: Memberikan Hadiah

عليك بالهدايا فإنها تورث المودة وتذهب الضغائن


Ad-Dailami meriwayatkan daripada Anas r.a.; Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
Kerapkanlah memberi hadiah kerana ia boleh meneguhkan kasih sayang dan menghilangkan
persanggitan hati.” (Riwayat Thabrani) Dalam hadith yang lain Baginda bersabda:

عليك بالهدايا فإنها تورث المودة وتذهب الضغائن


Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih.” (Riwayat Malik)


Hadis Berkenaan Persaudaraan Dalam Islam: Tujuh Hak Seorang Muslim Daripada Muslim Yang Lain.


Rasulullah s.a.w. menerangkan:

للمؤمن على المؤمن سبعة حقوق واجبة من الله وجل، الإجلال له في عينه، والود له في صدره، والمواساة له في ماله، وأن يحرم غيبته، وأن يعوده في مرضه، وأن يشيع جنازته، وأن لا يقول فيه بعد موته إلا خيرا عز


Tiap orang MuKmin telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang
mukmin yang lain:

1 .yaitu memandangnya dengan penuh penghargaan,

2. menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya,

3. menghulurkan simpati dengan harta sendiri,

4. mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya,

5. menziarahinya ketika sakit,

6. mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan

7. tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja setelah ketiadaannya.

(Riwayat Ibnu Babawaih)

Related Posts

Apa Itu Silaturahmi ?
4/ 5
Oleh